fbpx
Asyraf Wajdi

Tindakan keras, buang kerja kalau terlibat aktiviti songsang! – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, pihaknya bakal mengambil tindakan keras sekiranya dikesan berlakunya aktiviti songsang melibatkan warga Mara.

Beliau menerusi satu hantaran di media sosial berkata, ia termasuklah tindakan diberhentikan perkhidmatan ke atas individu terlibat.

“Pengurusan Mara tahu pendirian tegas saya, jika ada pegawai mahupun staf Mara atau di mana-mana institusi pendidikan Mara terlibat dengan aktiviti songsang, tindakan keras sehingga dibuang kerja wajib diambil,” katanya, hari ini.

Hantarannya itu meraih sokong orang ramai terutamanya ibu bapa yang amat menanti-nantikan tindakan tegas sedemikian dilakukan demi memelihara akhlak dan agama anak-anak masing-masing.

“Ini yang rakyat nak dengar terutama ibu bapa yang hantar anak belajar ke sekolah. Jika cikgu pun buat perkara dilaknat Allah, macam mana nak didik anak murid berakhlak baik dan takut Allah,” ujar @Hunney Fastieya.

“Ada isu, bermakna ada masalah. Perlu tindakan proaktif bagi mengekang berkembang biak budaya songsang yang bertentangan dengan undang-undang negara kita lebih-lebih lagi agama,” komen @Amir Alhijrah Alhijrah.

“Itu yg sepatutnya. Dah lah anak-anak duduk asrama, tiba-tiba ada pulak guru yang songsang. Mahu tak risau mak ayah. Cikgu-cikgu semua patut juga kena buat ujian HIV,” cadang Diana Idhana.

“Terbaik! Kalau bukan kita siapa lagi. Jadilah manusia yang mampu memanusiakan orang lain,” kata @Mawar Srikandi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI