fbpx
Anggota bomba ketika membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Mount Erskine, pagi tadi.

Seorang maut, 6 cedera van kilang terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang wanita maut manakala enam lagi cedera parah apabila van kilang yang mereka naiki dilaporkan terbabas ketika melalui Jalan Mount Erskine di sini, pagi tadi.

Mangsa parah merupakan enam operator kilang dan seorang pemandu van kilang terbabit.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM negeri, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan berlaku pada pukul 5.59 pagi tadi dan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal dan dibantu BBP Lebuh Pantai.

“Berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah van kilang yang telah terbabas di lokasi.

“Kemalangan melibatkan keseluruhan lapan orang mangsa berusia 21 hingga hingga 52 tahun . Terdapat empat orang mangsa telah tersepit manakala seorang wanita disahkan meninggal dunia,” katanya di sini, pagi ini.

Beliau memberitahu, pasukan bertindak menjalankan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan khas dan kesemua mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 7.17 pagi tadi.

Kesemua mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) dan polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 7.50 pagi tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN