fbpx
CHERIE berkongsi gambar suaminya yang hilang di Hatyai. - Foto Channel 8

Wanita Malaysia cari suami hilang ketika banjir di Hatyai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang wanita Malaysia sedang mencari suaminya yang hilang ketika banjir besar melanda daerah Hatyai, dalam wilayah Songkhla, lapor portal berita Thaiger semalam. 

Wanita dikenali sebagai Cherie Kim itu berkata, dia tidak dapat menghubungi suaminya sejak Ahad lalu.

Cherie dalam temu bual bersama stesen televisyen Thailand, Channel 8 berkongsi gambar suaminya dengan pihak media dengan harapan mendapat petunjuk mengenai keberadaan mangsa. 

Namun, nama dan umur lelaki itu tidak didedahkan.

Cherie berkata, suaminya pergi ke Hatyai seorang diri. 

Setelah gagal menghubunginya, Cherie membuat keputusan untuk datang ke Thailand bagi mencari mangsa. 

Menurut wanita itu, saudara-maranya yang turut melancong di Thailand juga cuba menjejaki lelaki tersebut tetapi tidak berjaya.

Kata Cherie, suaminya memberitahu bahawa terdapat hujan lebat pada Sabtu lalu. 

Dia menjangkakan mungkin akan berlaku sedikit banjir tetapi tidak menyangka keadaan akan menjadi amat teruk. 

Cherie berkata, pasukan penyelamat dari Malaysia memaklumkan bahawa ramai rakyat negara itu terperangkap di hotel-hotel sekitar Hatyai. 

Pasukan penyelamat bagaimanapun tidak dapat sampai ke beberapa lokasi kerana faktor keselamatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN