fbpx
Bomba ketika mengalihkan pokok tumbang akibat Ribut Tropika Senyar, malam tadi.

Ribut Tropika Senyar ragut satu nyawa, lapan mangsa terlibat runtuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Satu kematian direkodkan, manakala lapan mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian runtuhan struktur susulan fenomena Ribut Tropika Senyar yang melanda enam negeri jajaran di Barat Semenanjung, awal pagi tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, satu kematian dilaporkan berlaku di Jasin, Melaka membabitkan seorang penunggang motosikal.

“Pagi tadi saya dimaklumkan seorang penunggang motosikal maut dalam kejadian kira-kira 6.50 pagi apabila dia telah melanggar sebatang pokok yang tumbang di Jalan Selandar menghala ke Machap.

“Kalau dilihat, insiden ini adalah lanjutan daripada fenomena Ribut Tropika Senyar yang menyebabkan banyak pokok tumbang dan ini adalah kematian pertama membabitkan fenomena berkenaan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Integriti JBPM 2025 di Ayer Keroh, hari ini.

NOR HISHAM (tengah) merasmikan Majlis Sambutan Hari Integriti JBPM 2025 di Ayer Keroh, Melaka, hari ini.Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

Mengulas lanjut beliau berkata, JBPM turut menerima panggilan kecemasan runtuhan struktur di sebuah pelantar minyak di Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Insiden itu melibatkan lapan mangsa iaitu pekerja di pelantar berkenaan dan kesemua mereka dilaporkan selamat.

“Negeri itu turut merekodkan satu runtuhan tanah, 33 kes pokok tumbang dan dua lokasi banjir sepanjang ribut itu mendarat awal pagi tadi,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN