fbpx
GAMBAR jet ski yang digunakan Tee Inkjet. - Foto Facebook/Tee Inkjet

Mangsa banjir ugut anggota penyelamat guna senjata api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang lelaki Thailand yang terperangkap dalam banjir besar di Hatyai, wilayah Songkhla, melepaskan tiga das tembakan ke udara untuk mengugut anggota-anggota penyelamat, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Dia berbuat demikian ke atas pasukan penyelamat yang menaiki jet ski kerana percaya mereka terlewat datang menyelamatkannya.

Salah seorang penyelamat dikenali sebagai Tee Inkjet dari wilayah Surat Thani memuat naik kejadian itu di akaun Facebook miliknya.

Dia menceritakan konfrontasi tersebut ketika operasi dijalankan sekitar pukul 8 malam (waktu tempatan) semalam. 

Anggota penyelamat itu turut berkongsi gambar jet ski dengan kapsyen menyeru penduduk supaya bertenang.

“Saya bawa 300 kotak makanan tetapi semuanya habis selepas hanya melawat tiga buah rumah kerana terlalu ramai orang berada di dalamnya. Saya terkejut mendengar bunyi tembakan di belakang saya,” katanya.

Anggota penyelamat itu kemudian membuat hantaran kedua dengan menyatakan bahawa dia datang dari Surat Thani untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Songkhla dan tidak menyangka akan diugut dengan tembakan.

“Saya sedang mengemas jet ski dan pulang ke kampung, maaf,” tulisnya.

Identiti penembak belum didedahkan, tetapi kejadian itu menyebabkan anggota penyelamat diselubungi perasaan trauma. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN