fbpx
Tangkap layar video menunjukkan detik kepala kanak-kanak itu melanggar palang besi baru-baru ini. - Mirror Uk

Budak hulur kepala langgar palang 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun di India mengalami nasib malang apabila melanggar palang besi ketika dia menghulurkan kepalanya keluar daripada  ‘sunroof’ sebuah kenderaan, lapor portal berita Must Share News. 

Kejadian berlaku di kejiranan Vidyaranyapura, bandar Bangalore, baru-baru ini. 

Polis berkata, kenderaan utiliti sukan (SUV) itu dipandu oleh abang ipar mangsa dan dinaiki seorang lagi penumpang. 

Rakaman video kejadian dimuat naik di platform X menunjukkan kanak-kanak terbabit berdiri dengan keadaan kepala terjulur keluar dari ‘sunroof’ SUV yang sedang bergerak laju sebelum melanggar palang besi. 

Dia segera masuk ke dalam kereta selepas kepalanya terhentak kuat. 

Polis mengesahkan bahawa mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius, lapor akhbar Times of India. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN