fbpx
Keadaan runtuhan cerun tanah di Taman United, Seputeh hari ini. Foto PGO KUALA LUMPUR

104 rumah dikosongkan, runtuhan tanah 60 meter di Seputeh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dua blok pangsapuri kos rendah di Jalan Sepadu 6, Taman United, Seputeh di sini diarah untuk dikosongkan susulan kejadian runtuhan tanah.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian sekitar pukul 11.02 pagi sebelum menggerakan 11 anggota serta sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh.

Menurut Ketua Balai, Timbalan Penguasa Bomba II Armdan Mahat, kejadian melibatkan runtuhan tanah cerun dianggarkan sepanjang 60 meter, yang menimpa dua buah kereta serta beberapa buah motosikal.

“Sebuah kereta didapati tertimbus, manakala sebuah lagi tumbang. Runtuhan tersebut turut memasuki kawasan pangsapuri berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, hasil perbincangan di lokasi bersama wakil Parlimen Seputeh dan jurutera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dua blok rumah terdiri daripada 104 unit serta premis berhampiran telah diarahkan untuk dikosongkan.

“Ia berikutan masih terdapat pergerakan tanah dan keadaan cuaca yang sedang hujan lebat.

“Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut. Pihak Bomba masih berada dilokasi bagi memantau sebarang pergerakan tanah,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI