fbpx
Ketiga-tiga tertuduh ketika hadir di Mahkamah Sesyen George Town, hari ini. Foto DANIAL SAAD

3 pengarah syarikat didakwa gagal serah dokumen kepada JKDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Tiga pengarah syarikat perniagaan makanan berasaskan Timur Tengah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan gagal mengemukakan dokumen seperti yang diminta pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Tertuduh terdiri dua warga tempatan, Nooraishah Hazis, 56, Mohd. Zamberi Mohd. Soriji, 53 dan lelaki warga Syria, Mahmoud Sheikh Al Basatna, 30, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Irwan Suaibon.

Mengikut pertuduhan, mereka yang merupakan pengarah ALShhba Group Sdn. Bhd sebagai orang berdaftar (No. SST P11-2308-32000005) di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807) telah gagal mengemukakan dokumen yang diminta oleh pegawai kastam seperti kehendak Seksyen 57(2) Akta Cukai Perkhidmatan 2018.

Mereka juga telah melakukan kesalahan yang sama iaitu di bawah Seksyen 57 (4)(a) Akta Cukai Perkhidmatan 2018, dibaca bersama Seksyen 78 Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 79 Akta yang sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 1 Mei lalu, di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cawangan Audit Import dan SST, Bahagian Pematuhan, Kompleks Kastam Seberang Jaya Lot 5492, Jalan Perpustakaan Lebuh Tenggiri 2, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM30,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Selain itu, Nooraishah mewakili syarikat berkenaan turut berdepan satu tuduhan membabitkan kesalahan sama dan dia tidak mengaku bersalah atas tuduhan tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN