fbpx
Kon Yeowmeninjau Loji Penyahgaraman Pulau Aman, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

Projek Desalinasi Pulau Aman siap tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Projek Desalinasi Pulau Aman (PADP) yang sedang dipulihkan bakal memanfaatkan air laut sebagai sumber air mentah untuk menghasilkan air terawat berkualiti di Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, projek rintis yang dilaksanakan oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menelan belanja RM3.81 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada 15 Jun 2026.

Katanya, projek terbabit pada mulanya dijalankan pada tahun 2015 dan menggunakan air mentah untuk dinyahgaramkan di loji berkenaan, namun air terawat yang dihasilkan tidak memenuhi piawaian kesihatan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.
“Maka, loji ini terbiar buat beberapa tahun sehinggalah usaha kedua dilaksanakan selepas kita yakin dengan cadangan daripada perunding.

“Usaha pemulihan dilaksanakan bagi menambah baik fungsi loji ini yang diharapkan dapat beroperasi pada tempoh ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Loji Penyahgaraman Pulau Aman di sini, hari ini. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Datuk K. Pathmanathan.

Mengulas lanjut, Chow yang juga Pengerusi PBAPP berkata, loji terbabit berupaya menghasilkan 0.24 juta liter sehari (MLD) air terawat yang akan dibekalkan kepada 94 akaun pengguna di pulau tersebut. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI