fbpx
Anggota APM meninjau lokasi dilanda banjir kilat di Baling, hari ini. – Gambar APM

[VIDEO] Dua kampung terjejas banjir di Baling, kepala air di Lata Bayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – Dua kampung di daerah ini iaitu Kampung Kuala Bakong dan Kampung Charok Kelian terjejas akibat banjir susulan hujan berterusan selama kira-kira tiga jam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 6 petang tadi.

“Hujan lebat berterusan selama beberapa jam menyebabkan air Sungai Baling melimpah ke kawasan penempatan penduduk yang berada di lokasi rendah dan berisiko banjir. “Setakat ini, dua kampung terjejas banjir melibatkan kira-kira sembilan rumah,” katanya di sini hari ini.

Katanya, aliran air sungai agak deras, namun masih terkawal.

“Paras air menunjukkan trend penurunan secara positif di beberapa kawasan sekitar daerah ini. Tiada pusat pemindahan sementara dibuka setakat ini.

“Pemantauan turut dipertingkatkan di kawasan-kawasan yang sering terlibat banjir seperti lokasi hotspot di sepanjang laluan sungai dan kawasan rendah,” katanya.

Sementara itu, kejadian kepala air turut dilaporkan berlaku di kawasan air terjun Lata Bayu di sini.

Video kejadian yang tular di media sosial menunjukkan keadaan air mengalir deras dan turut menghanyutkan batang pokok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN