fbpx
TUANKU Syed Faizuddin (tengah) merasmikan Karnival Jualan Agro Madani negeri Perlis di Kangar, hari ini.

Jualan Agro Madani jimatkan perbelanjaan RM14.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Karnival Jualan Agro Madani telah memberi manfaat kepada 6.6 juta isi rumah dan menjana penjimatan keseluruhan sebanyak RM14.4 juta sejak Julai hingga bulan lalu.

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Aminuddin Zulkipli berkata, karnival jualan itu menawarkan barangan asas, produk segar dan komoditi terpilih pada harga antara 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

“Menerusi konsep jualan terus dari usahawan kepada pengguna, usaha ini bukan sahaja meringankan beban rakyat, malah menjadi medium penting untuk membantu peserta usahawan menjana pendapatan tambahan,” katanya selepas perasmian Karnival Jualan Agro Madani di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad di sini hari ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan karnival tersebut yang menyasarkan kehadiran 25,000 pengunjung dengan nilai jualan melebihi RM1 juta.

Katanya, karnival yang berlangsung dari semalam hingga Ahad ini melibatkan 98 lot usahawan makanan, pertanian, industri asas tani serta trak makanan.

Pelbagai tawaran istimewa turut disediakan termasuk Kombo Madani Basah, Kombo Madani Runcit pada harga RM10, promosi daging tempatan RM24 sekilogram serta sayur-sayuran serendah RM2 seikat dan RM8 sekilogram bagi hasil terpilih.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI