fbpx
Beberapa jongkong emas yang ditemukan di Bannewitz, selatan Dresden. - NF

Lelaki potong rumput jumpa jongkong emas lebih RM144,000 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERLIN – Seorang pekerja majlis perbandaran di Jerman terkejut apabila menemui ‘harta karun’ berupa lapan jongkong emas ketika memotong rumput berhampiran sebuah kolam tadahan air, lapor akhbar Metro UK. 

Penemuan itu dibuat di Bannewitz, selatan bandar Dresden, baru-baru ini. 

Polis menemukan dua lagi jongkong emas selepas tiba di lokasi kejadian di mana ia keseluruhannya dianggarkan bernilai lebih €30,000 (RM144,412). 

Setiap jongkong emas itu seberat 28.34 gram, lapor penyiar tempatan, MDR. 

Polis sedang menyiasat sama ada emas tersebut dicuri atau diperoleh melalui jenayah penipuan. 

“Setakat ini, ia tiada kaitan dengan mana-mana kes jenayah. Nombor siri yang terukir pada jongkong-jongkong ini akan disiasat untuk mengenal pasti pemiliknya.

“Buat sementara waktu, emas ini disimpan di Ibu Pejabat Polis Dresden,” kata polis. 

Jurucakap Polis Dresden, Marko Laske memberitahu: “Saya tidak pernah menemui kes seperti ini dalam tempoh lebih 20 tahun. Sangat jarang individu menyerahkan emas yang ditemui kepada polis.” – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI