fbpx
MBAPPE meledak dua gol ketika membantu Perancis mencatat kemenangan selesa ke atas Ukraine untuk mengesahkan tempat ke Piala Dunia. - AFP

WCQ: Mbappe bantu Perancis raih slot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Juara dua kali, Perancis akhirnya mengesahkan kemaraan ke Piala Dunia 2026 selepas membelasah Ukraine 4-0 pada aksi kelayakan Kumpulan D yang berlangsung di Stadium Parc des Princes awal pagi semalam.

Perlawanan itu menyaksikan penyerang, Kylian Mbappe mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya meledak dua gol dengan dua lagi gol hadir menerusi jaringan Michael Olise dan Hugo Ekitike.

Dua gol yang dijaringkan pada perlawanan tersebut turut menjadi gol ke-400 dalam karier buat Mbappe, namun pemain Real Madrid itu enggan mudah berpuas hati selain mengintai untuk mengikut jejak langkah Cristiano Ronaldo memburu gol ke-1000.

“Sekarang saya sudah menjaringkan 400 gol dalam karier tetapi itu belum mengejutkan orang. Sekiranya anda mahu orang ramai terkejut dan kagum, anda perlu menjaringkan 400 lagi gol selepas ini.

“Memburu gol ke-1000 seperti Cristiano Ronaldo? Ia merupakan satu pencapaian yang luar biasa tetapi saya juga ada impian seperti itu. Saya hanya ada karier ini dalam hidup, jadi saya mahu cuba melakukannya,” katanya.

Mengulas mengenai kelayakan ke Piala Dunia, bekas pemain Paris Saint-Germain (PSG) itu mengakui bangga dengan pencapaian tersebut selain menggesa rakan sepasukan supaya tidak mudah terlalu selesa.

“Sudah tentu saya bangga untuk sekali lagi beraksi di Piala Dunia. Orang yang pernah bermain pada pertandingan itu sahaja tahu betapa istimewanya Piala Dunia dan kami mahu tambah bintang ketiga di jersi Perancis,” ujar Mbappe. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI