Sebuah kenderaan mewah jenis Toyota Alphard yang dimuatkan dengan rokok seludup.

Kehadiran tonto petanda wujud aktiviti penyeludupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sindiket penyeludupan rokok yang sering menggunakan khidmat tonto dalam mengawasi pergerakan pihak berkuasa bukanlah menjadi masalah yang besar, sebaliknya ia satu kelebihan dalam mengesan kegiatan haram itu.

Komander Briged Tengah Pa­sukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, kehadiran tonto akan memudahkan tugas pasukannya dalam melakukan intipan dan serbuan terhadap sindiket pengedaran rokok seludup.

“Kita tahu tonto memang digunakan dalam kegiatan seludup rokok selama ini kerana mereka bertindak sebagai ‘mata-mata’ atau pasukan peninjau dalam memastikan laluan bebas daripada pihak berkuasa.

“Namun kini, bukan tonto-tonto yang mengawasi kami, sebaliknya kami yang memerhatikan mereka. Kalau ada tonto di sesuatu kawasan, ini bermakna barangan seludup itu akan melalui lokasi tersebut.

“Kehadiran tonto adalah pe­tanda wujudnya kegiatan penyeludupan sama ada di bandar kecil, kampung atau jeti pangkalan,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Ketika ditanya sama ada terdapat sebarang ancaman sepanjang operasi, Muhammad memberitahu, penyeludup kini menggunakan media sosial untuk memberi persepsi negatif terhadap pihak berkuasa termasuk PGA.

“Mereka akan membuat toh­mahan liar kononnya anggota PGA menerima rasuah untuk membangkitkan kemarahan ne­tizen yang akan menghukum kami tanpa usul periksa,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN