fbpx
ARMAN RUMAIZI (kiri) bertukar perjanjian strategik dengan wakil syarikat Synergy Generated sambil disaksikan oleh Megat Sany (dua dari kiri) pada FOI 2025 di PICC, Putrajaya baru-baru ini. – Foto UPNM

UPNM jalin 9 perjanjian dengan syarikat terkemuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DALAM usaha mengukuhkan peranan sebagai peneraju inovasi pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah memeterai sembilan perjanjian kerjasama strategik dengan syarikat terkemuka negara.

Kerjasama tersebut dimeterai sempena Festival of Ideas (FOI) 2025 yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) baru-baru ini.

Majlis pertukaran memorandum perjanjian disempurnakan oleh Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Wira Arman Rumaizi Ahmad.

Menurut Arman Rumaizi, kolaborasi tersebut merangkumi pelbagai bidang strategik termasuk pertahanan, tenaga boleh baharu, automotif, geospatial, bahan inovatif, agroteknologi, komunikasi maritim, kecerdasan buatan (AI) dan pembuatan termaju (advanced manufacturing).

Ujarnya, kerjasama tersebut seiring dengan pelan strategik UPNM30 yang menumpukan kepada pengukuhan jaringan universiti dengan industri.

Antara syarikat terlibat ialah Synergy Generated Sdn. Bhd., Cendana Auto Sdn. Bhd.; Aerodyne Geospatial Sdn. Bhd.; Turbo Pacific Sdn. Bhd.; Commteq (M) Sdn. Bhd. dan Ketech Asia Sdn. Bhd (Ketech Asia). Ia meliputi projek

inovasi seperti pembangunan sistem komunikasi maritim, aplikasi AI kesihatan mental, pembuatan tiga dimensi berteknologi tinggi serta bahan propelan hijau berasaskan biomas sawit.

“Kerjasama utama yang menjadi tumpuan adalah dengan Synergy Generated Sdn. Bhd. bagi membangunkan sistem tenaga solar menyeluruh di kampus UPNM. Kerjasama ini termasuk latihan industri, penyelidikan bersama dan projek penjanaan tenaga hijau jangka panjang.

“Sementara itu, Ketech Asia memacu inisiatif ‘Nurturing a Green Future’ iaitu pembangunan propelan hijau daripada sisa kelapa sawit. Ia satu inovasi strategik bagi memperkukuhkan kebergantungan kendiri teknologi pertahanan negara,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian.

Sementara itu, Arman Rumaizi berkata, kerjasama tersebut dijangka memberi impak besar kepada ekosistem penyelidikan negara melalui tiga fokus utama.

“Ia merangkumi peningkatan keupayaan penyelidikan berasaskan keperluan sebenar industri, pemindahan teknologi dan pengkomersialan inovasi hasil kajian universiti serta pembangunan modal insan berkualiti tinggi melalui latihan industri atau projek bersama.

“Langkah ini dilihat mampu perkukuh aspirasi UPNM untuk menjadi Universiti Pertahanan Unggul Serantau menjelang tahun 2030. Kerjasama ini turut menyokong agenda nasional dalam membina ekosistem inovasi pertahanan yang mampan dan berdaya saing,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN