fbpx
GAMBAR fail 2017 menunjukkan wang rasuah yang dirampas pihak berkuasa di sebuah flat di Brazil. – AFP

RM11 trilion wang haram dicuci setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERNAHKAH terfikir berapa banyak wang yang ada dalam dunia ini dan beberapa banyak pula daripada jumlah tersebut adalah wang ‘haram’?

Wang atau duit haram di sini bermaksud wang yang diperoleh daripada aktiviti jenayah seperti rasuah, penyeludupan dadah, judi tanpa lesen, penipuan (scamming), penggodaman dan pemerdagangan manusia.

Jelasnya, sukar untuk mengira jumlah wang haram di dunia, namun berdasarkan anggaran Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) jumlah wang haram yang dicuci setiap tahun adalah antara AS$1.6 trilion (RM6.6 trilion) hingga AS$2.7 trilion (RM11.2 trilion).

Itu cuma anggaran, namun angka sebenar kekayaan haram sudah tentu jauh lebih besar.

Jika disusun secara fizikal, jumlah wang kertas denominasi AS$100 boleh mencapai ketinggian 2,700 kilometer hingga ke angkasa lepas jika disusun sebanyak RM11.2 trilion).

Sebagai perbandingan, bajet negara Malaysia 2026 berjumlah sekitar RM470 bilion, manakala belanjawan terbesar dunia iaitu Amerika Syarikat pula kira-kira AS$4 trilion(RM16.7 trilion).

Jumlah wang haram yang dicuci setahun adalah sungguh besar. Menurut organisasi Transparency, wang ini lazimnya disimpan rahsia dalam ‘shell company’, pemilikan hartanah dan aset sah lain.

Menurut Oxfam, seluruh kekayaan dikuasai cuma 1 peratus daripada kira-kira 8 bilion penduduk Bumi.

Manusia terkaya dunia pada masa ini berdasarkan majalah Forbes, tentunya Elon Musk yang memiliki kekayaan bersih lebih AS$491 bilion (RM2 trillion). Musk juga menuju gelaran trilionair pertama di dunia.

Namun, adalah munasabah bahawa ada individu yang memiliki kekayaan lebih besar daripada Musk hasil daripada aktiviti jenayah dan terlindung daripada mata umum.

Seseorang yang memiliki wang AS$1 trilion (RM4.1 trilion) boleh membeli hampir apa sahaja yang boleh dibeli dengan wang ringgit di dunia ini seperti 20,000 pesawat Boeing 747.

Namun, itu bukan masalahya. Apa yang membimbangkan adalah sebegitu banyak wang haram boleh digunakan untuk membeli pengaruh, kuasa, ahli politik dan kakitangan awam lain.

Wang ini setelah dicuci menjadi sah dan digunakan untuk mengumpulkan kekayaan dan mencapai objektif individu, entiti atau organisasi yang ‘melaburkannya’.

Ramai juga mengetahui berhubung dakwaan ada bank antarabangsa yang dikatakan berjaya mengelak daripada masalah kewangan menerusi suntikan dana wang haram.

Ramai juga mendengar mengenai ada negara yang dituduh ‘menaungi’ kegiatan penipuan dengan membiarkan ‘kota-kota scammer’ beroperasi serta melindungi kumpulan-kumpulan penggodam bagi menjana pendapatan kepada pemerintah.

Jikalau sebegitu banyak wang gelap yang diputihkan pada setiap tahun sudah tentunya aktiviti jenayah rentas sempadan sukar dibendung jika tidak mustahil, kerana manusia dan wang berpisah tiada. -KOSMO! DIGITAL

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN