fbpx
Sidang DUN Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini. FOTO IHSAN MENTERI BESAR KELANTAN

Penjawat awam Kelantan dapat bonus RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) berjumlah RM500 kepada semua penjawat awam di negeri yang akan disalurkan pada Mac tahun depan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, pembayaran itu turut melibatkan semua kakitangan lantikan kontrak dengan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM4.97 juta.

Katanya, BKK itu bertujuan meringankan bebanan penjawat awam semasa membuat persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.”Selain itu, penjawat awam lantikan politik turut menerima sumbangan tersebut dengan jumlah yang ditentukan oleh pihak kerajaan negeri.

“Bantuan ini sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti mereka kepada kerajaan negeri,” katanya semasa membentangkan Belanjawan Kelantan 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Mohd. Nassuruddin memberitahu, sebagai tanda prihatin, kerajaan negeri turut mengumumkan pemberian diskaun sebanyak 90 peratus ke atas tunggakan denda cukai tanah.

Menurutnya, tempoh tawaran diskaun itu dapat dinikmati oleh rakyat Kelantan bagi tempoh satu bulan bermula 1 Disember hingga 30 Disember ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN