fbpx
AKSI bawah paras sebenar ditampilkan Justin ketika tersingkir di pusingan pertama Korea Masters hari ini. - AFP

Korea Masters: Justin tumbang di pusingan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki negara, Justin Hoh menerima tamparan hebat apabila tersingkir seawal pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Korea Masters di Jeonju.

Pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Sukan Universiti Wonkwang sebentar tadi, bekas juara remaja Asia itu tewas 10-21, 16-21 kepada pemain Jepun, Yudai Okimoto.

Walaupun turun sebagai pilihan kelima kejohanan, namun Justin gagal mempamerkan aksi sebenar apabila akur dengan kekalahan straight set dalam tempoh 40 minit.

Sebagai rekod, ia juga menjadi kekalahan keduanya kepada pemain No.62 dunia itu selepas kali terakhir bertemu pada Siri Remaja Antarabangsa Malaysia tiga tahun lalu.

Kekalahan dialami Justin pastinya merisaukan peminat sukan tanah air yang mula mempersoalkan kemampuan pemain-pemain perseorangan lelaki negara.

Aksi dipamerkan nyata jauh berbeza jika dibandingkan ketika dia menjadi naib juara Terbuka Macau yang berlangsung Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN