fbpx
Gambar hiasan

Pegawai kerajaan Terengganu rugi RM220,000 ditipu scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang pengawai tadbir kerajaan negeri Terengganu bukan sahaja kehilangan wang simpanan malah diperdaya memohon pinjaman peribadi sehingga dia kerugian RM220,000 oleh sindiket penipuan atau scammer.

Lelaki berusia 31 tahun tersebut yang menyedari tertipu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada pukul 3.15 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, penjawat awam tersebut telah dihubungi individu mengaku kononnya pegawai bank.

“Mangsa didakwa kononnya telah membuka akaun bank di Johor dengan maklumat peribadinya didakwa disalah guna bagi aktiviti penggubahan wang haram.

“Panggilan tersebut kemudian disambung kepada individu lain didakwa kononnya anggota dan pegawai polis berpangkat sarjan dan asisten superintendan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, penjawat awam terbabit diarahkan mendedahkan butir peribadi termasuk akaun bank, Tabung Haji dan Amanah Saham Berhad (ASB) miliknya.

Beliau berkata, lelaki tersebut turut diarah melapor diri kepada suspek setiap waktu solat dan perlu merahsiakan ‘penyiasatan’ terbabit kononnya kerana terikat dengan Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Mangsa kemudian diarahkan mengeluarkan simpanan Tabung Haji dan ASB berjumlah keseluruhan RM30,000 sebelum dipindahkan ke akaun bank lain kononnya milik juruaudit Bank Negara pada 14 September lalu,” katanya.

Azli berkata, dua hari kemudian, penjawat awam itu diarahkan pula untuk memohon perbiayaan peribadi RM200,000 yang kemudiannya diluluskan pihak bank. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI