fbpx
Ahli keluarga menyiram air mawar pada kubur Allahyarham Nasir di Tanah Perkuburan Islam Masjid Babus Salam, Kampung Pida 3 di Jerlun, malam ini.

Jenazah pesawah ditetak adik ipar selamat dikebumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERLUN – Jenazah pesawah yang maut dalam keadaan tragis selepas ditetak adik iparnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Babus Salam, Kampung Pida 3 di sini kira-kira pukul 8.15 malam ini.

Lebih 100 ahli keluarga serta penduduk kampung hadir pada pengebumian tersebut.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Nasir Md. Nayan, 45, dibawa ke masjid untuk disembahyangkan selepas selesai proses bedah siasat di Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar petang tadi.
Isteri mangsa, Marliana Awang, 39, bagaimanapun tiada semasa proses pengebumian dan hanya dilihat berada di pekarangan masjid.

Kosmo! Online semalam melaporkan bapa kepada dua anak itu ditemukan maut dalam keadaan mengerikan selepas ditetak dengan parang oleh adik iparnya di kawasan sawah di Kampung Pida 3 kira-kira pukul 7.05 malam.

Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan diselaputi lumpur dengan kepala terpisah daripada badan. Bahagian kepala dijumpai kira-kira satu meter dari lokasi badan mangsa.

Suspek berusia 38 tahun yang memegang parang dan berada di dalam rumahnya tidak jauh dari lokasi kejadian berjaya dipujuk selama 15 minit sebelum diberkas polis kira-kira pukul 8 malam.

Lelaki itu didakwa mengalami gangguan perasaan sejak empat tahun lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI