fbpx
IZZAH merasakan penurunan berat badan antara faktor dia gagal menyerlah pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia baru-baru ini.

Izzah ambil pengajaran aksi di Chile

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BINTANG berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd. Asri menyifatkan penampilan pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2025 di Santiago, Chile minggu lalu sebagai proses pembelajaran.

Menggalas cabaran Malaysia sebagai wakil tunggal pada kejohanan berprestij itu, tekanan sudah pasti terarah sepenuhnya kepada pelumba kelahiran Sungai Petani, Kedah berusia 22 tahun tersebut.

Izzah sekadar menamatkan acara pecut individu wanita di pusingan pertama, manakala dalam acara keirin, dia terpaksa akur gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir apabila tersingkir pada aksi repechage pusingan pertama.

Pelumba yang diberi julukan The Pocket Rocketwoman itu mengakui, penurunan berat badan mungkin menjadi salah satu faktor dia tidak dapat menampilkan kayuhan sebenar dalam kedua-dua acara disertai.

“Mungkin berat badan juga menjadi faktor (tewas) kerana saya tidak sempat untuk semak berat badan di sini, jadi saya pun tidak pasti ada perubahan ataupun tidak. Bagaimanapun, saya anggap ini proses untuk belajar.

“Saya harap boleh faham lebih banyak tentang diri sendiri supaya dapat tampil dengan lebih kuat menjelang perlumbaan akan datang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Sebagai rekod, Izzah terpaksa akur tersingkir di pusingan pertama acara pecut selepas tewas kepada pemenang pingat emas berganda Sukan Olimpik Paris 2024 dari New Zealand, Ellesse Andrews.

Sementara itu, hasratnya untuk mengulangi pencapaian musim lalu mara ke separuh akhir acara keirin juga tidak tertunai apabila menamatkan aksi saringan kedua repechage di kedudukan ketiga.

“Dari segi catatan masa (pecut), saya rasa hampir sama dengan tahun lepas tetapi kali ini pelumba-pelumba lain menunjukkan banyak peningkatan. Untuk keirin pula, saya rasa agak penat dan lambat untuk pulih selepas pusingan pertama,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI