fbpx
Wan Azizah menyambut ketibaan aktivis Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan ke Gaza di KLIA petang semalam.

Perjuangan bebaskan Palestin tidak akan terhenti – Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Perjuangan membebaskan Palestin tidak akan berhenti di sini,” kata Isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Tegas beliau, solidariti rakyat Malaysia dalam menyuarakan keadilan untuk rakyat Palestin malah akan terus diperkukuh dalam pelbagai bentuk dan saluran.

Wan Azizah berkata, seluruh rakyat Malaysia berasa amat bangga atas keberanian dan komitmen aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza.

“Mereka pasukan Malaysia yang telah berjuang membawa mesej kemanusiaan dan keamanan untuk rakyat Gaza melalui misi ini,” katanya dalam satu hantaran di media sosial malam tadi.

Terdahulu, Wan Azizah berkata, beliau menyambut kepulangan sembilan aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Medleens to Gaza (TMTG) petang semalam.

Katanya, turut menyambut ketibaan aktivis terbabit di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ialah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.

“Mereka sebahagian daripada 150 peserta dari 25 negara yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza dengan menaiki kapal Conscience dan Umm Saad,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI