fbpx
Kapal utama misi FFC x TMTG, Conscience yang ditahan Israel, pagi tadi.

Freedom Flotilla: Sukarelawan dibawa ke pelabuhan Israel, Adalah tuntut akses segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (Adalah) memaklumkan peserta Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG) yang ditahan kini sedang dibawa ke sebuah pelabuhan Israel.

Menerusi kenyataan, Adalah memaklumkan telah menulis kepada pihak berkuasa Israel bahawa pertubuhan itu akan mewakili semua peserta flotila dan menuntut akses segera kepada mereka sebaik tiba di Israel.

Adalah juga menegaskan, akan mencabar penahanan haram tersebut serta rampasan kapal dan bantuan yang dibawa.

“Misi baharu ini, yang belayar dengan sekitar 145 peserta dari seluruh dunia, bertujuan mencabar sekatan haram Israel ke atas Gaza.

“Serangan Israel terhadap orang awam tidak bersenjata di laut serta rampasan kapal kemanusiaan merupakan pelanggaran serius undang-undang antarabangsa dan sekali lagi menunjukkan kekebalan tindakan Israel tanpa sebarang hukuman,” kata kenyataan itu.

Adalah turut mengecam serangan Israel dan pemintasan haram terhadap kapal utama FFC, Conscience serta lapan kapal TMTG yang berlayar bersama bagi menentang sekatan haram Israel ke atas Gaza.

“Sebelum semua komunikasi terputus awal pagi ini, para peserta di atas kapal Conscience yang kebanyakannya terdiri daripada doktor, jururawat dan wartawan melaporkan bahawa mereka telah diserang oleh helikopter tentera Israel.

“Pasukan tentera laut Israel pada masa sama pula, mencegah serta menaiki kapal layar TMTG. Kapal-kapal tersebut berada kira-kira 120 batu nautika dari Gaza, jauh di perairan antarabangsa, ketika serangan itu berlaku,” ujar Adalah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI