Ramai yang skeptikal apabila misi Global Sumud Flotilla (GSF) dilancarkan penghujung Ogos lalu yang mahu menghentikan kepungan tentera Zionis ke atas Gaza seterusnya menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang kelaparan. Bukan sahaja di negara lain, malah terdapat juga rakyat Malaysia seolah-olah buta hati dan perasaan mengatakan ia adalah satu gerakan sia-sia atas alasan mustahil untuk sampai ke Gaza yang dikawal ketat oleh tentera Zionis Israel. GSF merupakan misi maritim terbesar ke Gaza, menghimpunkan delegasi dari 44 negara termasuk Australia, Brazil,……