fbpx
Peserta perlu meneroka sudut tertua dan paling menakutkan di hotel El Cortez. - Facebook

Hotel puaka cari penghalau hantu, tawar ganjaran RM21,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LAS VEGAS, NEVADA – Sebuah hotel digelar paling berpuaka di Las Vegas, Nevada menganjurkan pertandingan yang menawarkan peluang kepada pelanggan untuk menginap di kemudahan itu bagi memburu hantu, lapor akhbar New York Post semalam.

El Cortez Hotel & Casino menawarkan hadiah wang tunai sebanyak AS$5,000 (RM21,100) sekiranya pelanggan berjaya melihat entiti menyeramkan.

Sejak mula membuka pintu kepada pelanggan pada tahun 1941, hotel itu menjadi saksi kepada pelbagai insiden menakutkan seperti rusuhan, pembunuhan dan aktiviti paranormal lain.

“Anda akan dilengkapi sepenuhnya dengan peralatan memburu hantu untuk melihat sama ada semua cerita seram itu benar!” kata iklan peraduan itu.

“Pemburu hantu yang terpilih akan mendaftar masuk ke El Cortez untuk penginapan hujung minggu, di mana anda akan meneroka sudut tertua dan paling menakutkan di kemudahan ini serta mencari tanda-tanda berlakunya aktiviti paranormal,” tambahnya.

Sekiranya pelanggan menemukan sesuatu yang menyeramkan, mereka perlu merakam gambar dan video sebagai bukti dan membuat jurnal laporan ringkas tentang penemuan paling menakutkan, lucu atau misteri.

Pertandingan memburu hantu itu berlangsung dari 6 Oktober (semalam) hingga 31 Oktober ini. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI