PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang dipercayai membunuh dua ekor kucing di sebuah pangsapuri di Lembah Klang baru-baru ini mendapat kecaman orang ramai yang menyifatkan perbuatan itu sebagai kejam.
Menerusi perkongsian hantaran pengguna di aplikasi Threads, lelaki tersebut melempar dua ekor kucing ke dinding selepas mengambilnya dari bungkusan plastik yang dipegangnya.
“Lelaki itu mengeluarkan dua ekor anak kucing dari beg. Kucing berwarna hitam kemudian dilempar ke dinding, manakala kucing putih didapati sudah mati ketika itu.
“Selepas itu, dia mengambil semula kucing hitam tersebut dan mencampaknya pula ke bawah (tangga),” ujarnya.
Video itu dirakam melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sebuah rumah yang memaparkan lelaki tersebut melakukan tindakan kejam itu dihadapan sangkar kucing.
Insiden itu mengejutkan pengguna media sosial apabila lelaki tersebut melakukan tindakan kejam itu turut menyepak kedua-dua anak kucing yang sudah mati.
Menjengah ke ruangan komen, ramai mengecam tindakan kejam lelaki berkenaan turut membuat aduan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
“Kalau tengok keadaan anak kucing itu, dia (lelaki) terbalikkan beg plastik sebab nak buang air. Maksudnya dia lemaskan anak kucing itu dulu ke?,” komen @Ninila_r
“Walaupun tak suka kucing, kita sebagai manusia ada akal fikiran. Memang geram kucing berak merata tapi takkan sesekali sanggup buat tindakan kejam seperti itu,” kata Kamil.
“Semoga pihak berwajib kenakan tindakan keras keatas pelaku. Kalau ikutkan hati rasa nak buat balik, biar lelaki itu rasa perasaan kucing diperlakukan begitu,” kata Ain. -KOSMO! ONLINE