fbpx
Syuhada gemar bermain pickleball di masa lapang dan suka lelaki yang penyabar.

Daripada suka-suka, kini jana duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Bagi sesetengah orang, mereka hanya mempunyai satu kerjaya. Namun bagi gadis, Nurul Syuhada Mohamed Hanil, 26, kehidupan yang dilaluinya tidak hanya bergantung kepada satu kerjaya.

Anak kedua daripada empat beradik ini bukan sahaja bekerja sebagai perunding kewangan, malah aktif sebagai ‘content crea­tor’ dan turut mengusahakan perniagaan kecil bagi menambah pendapatan.

Pesona Ahad berpeluang mengenali lebih dekat gadis yang mesra disapa sebagai Syuhada ini bagi mendapatkan lebih lanjut berhubung perkara itu.

KOSMO! AHAD: Boleh ceritakan mengenai diri, keluarga dan pendidikan?
SYUHADA: Saya ber­asal dari Alor Setar, Kedah dan anak kedua dari empat beradik. Saya membesar dalam keluarga sederhana tetapi saya bertuah kerana mereka sangat menyokong apa saya lakukan. Saya berkelulusan diploma dalam bidang Pengurusan Hotel, Unitar International University, Pe­taling Jaya, Selangor.

Aktiviti masa lapang dan cara untuk hilangkan stres?
Saya suka menonton siri kegemaran, memasak dan juga bermain pickleball.
Itu cara saya lepaskan stres selain mendapat cukup rehat selain meluangkan masa dengan orang tersayang.

Kerjaya masa kini dan apa yang menarik?
Saya bekerja sebagai perunding kewangan, namun pada masa sama, saya turut menjadi pencipta kandungan separuh masa dan juga mempunyai perniagaan kecil sebagai sumber pendapatan.
Menariknya, kerja tetap saya fleksibel, jadi saya boleh ‘mencuri’ masa untuk melakukan kerja sebagai pencipta kandungan.
Saya berasa seronok apabila dapat berkongsi pengalaman, mencuba produk baharu, berinteraksi dengan ramai pengikut, selain menjadikannya sebagai sumber rezeki.

Bagaimana mula berjinak-jinak sebagai pencipta kan­dungan?
Pada mulanya dibuat sekadar suka-suka untuk berkongsi gaya hidup, seni kecantikan dan makanan.
Selepas pengikut bertambah ramai, saya mula konsisten menghasilkan video tentang kecantikan dan gaya hidup dan boleh menambah pendapatan.

Rahsia menjaga kecantikan dan kesihatan?
Saya percaya pada rutin penjagaan kulit yang konsisten ­seperti pencuci muka, pelembab, pelindung matahari dan tidur yang cukup. Selain itu, saya ba­nyak minum air dan buat senaman ringan jika ada masa.

Apa keistimewaan bidang pencipta kandungan?
Bagi saya bidang ini memberikan kebebasan untuk kita berkarya tanpa terikat dengan jadual di pejabat.
Dalam erti kata lain, ia merupakan hobi yang boleh dijadikan sebagai kerjaya, malah dapat membuka peluang untuk berhubung dengan ramai orang.

Ada pengalaman terima kecaman atau pujian?
Bagi saya, kata-kata pujian menjadi semangat untuk saya meneruskan apa yang dilakukan. Saya mengambil iktibar dan pengajaran setiap kecaman yang diterima kerana kita perlu sedar tidak semua orang sukakan kita.

Saya belajar fokus kepada perkara positif dan cuba memperbaiki diri menjadi insan lebih baik. Ia juga sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya.

Apa sisi lain tentang diri yang ramai tidak tahu?
Saya sebenarnya sangat suka makan laksa hingga saya jadikan ia perniagaan kecil, Laksatique.
Walaupun nampak periang, saya seorang pemalu bila berjumpa orang baru dikenali. Saya juga suka melancong dan berharap setiap tahun dapat melancong ke tempat baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN