fbpx
Ratusan rakyat Malaysia berhimpun pada Himpunan Sumud Flotilla di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur semalam. Foto ISKANDAR ISHAK / KOSMO!

2 peserta Himpunan Sumud Flotilla dibebaskan dengan jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dua lelaki yang ditahan kerana menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas pada Himpunan Sumud Flotilla (HSF) di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kedua-dua individu berusia 23 dan 32 tahun itu dibebaskan selepas keterangan mereka diambil.

“Siasatan mendapati suspek menghalang tugas penjawat awam dan tindakan yang diambil ekoran kejadian berlaku sehingga menganggu perjalanan lalu lintas,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kejadian terbabit menyebabkan seorang anggota polis mengalami kecederaan di bahagian mulut akibat disiku oleh peserta.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI