SEPANG- Pusat Kawalan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan menerima laporan mengenai dua kapal Global Sumud Flotilla (GSF) diceroboh masuk oleh Tentera Israel kira-kira pukul 2.40 pagi tadi.
Menurut SNCC, kapal terlibat ialah Alma dan Sirius yang turut dinaiki tujuh sukarelawan dari Malaysia.
Berdasarkan paparan sistem Tracker Untuk Sumud Nusantara setakat pukul 2.50 pagi tadi, kapal Alma dinaiki oleh Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil.
Haikal Abdullah, Muaz Zainal dan Zulfadhli pula menaiki Kapal Sirius.
Terdahulu, SNCC mengeluarkan laporan terputus hubungan dengan sembilan sukarelawan Malaysia yang menyertai misi GSF yang dalam pelayaran memasuki zon merah 2. – KOSMO! ONLINE