fbpx
Keadaan kanak-kanak yang parah akibat dipukul dengan tukul dalam kejadian di Jelawat, Bachok pada Khamis lalu.

Budak parah dipukul dengan tukul meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Selepas enam hari bertarung nyawa, seorang kanak-kanak yang parah akibat dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya di sebuah rumah kedai di Jelawat, Bachok dekat sini pada Khamis lalu akhirnya meninggal dunia sebentar tadi.

Mangsa, Muhammad Ammar Muhammad Badrul, 7, menghembuskan nafas kira-kira pukul 3.02 petang tadi semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian di sini.

Bapa mangsa, Muhammad Badrul Remli, 31, mengesahkan anak sulung daripada dua beradik itu meninggal dunia sebentar tadi.

“Ya, Muhammad Amar sudah meninggal dunia. Jenazahnya akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Mujor, Jelawat, Bachok dekat sini selepas solat Isyak,” katanya.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, seorang lelaki dipercayai menamatkan riwayatnya sendiri selepas memukul anak saudaranya hingga parah dengan sebatang tukul dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Jelawat di sini pada Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, suspek yang berusia 46 tahun menggantung dirinya pada sebatang pokok ru di Pantai Melawi di sini manakala anak saudara lelakinya berusia tujuh tahun berada dalam keadaan kritikal.

Kejadian itu menyebabkan Muhammad Ammar menerima lebih 50 jahitan pada kepala.

Selain itu, bahagian tempurung kepala Muhammad Ammar juga mengalami keretakan sebanyak 50 peratus akibat dipukul bertubi-tubi dengan sebatang tukul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI