fbpx
DE KLEIJN (tengah) meraih tempat pertama peringkat kedua LTdL 2025 semalam. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

LTdL 2025: De Kleijn mahu tebus kekalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Kehadiran pelumba Tudor Pro Cycling, Arvid de Kleijn pada saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 bukanlah sekadar pelengkap, sebaliknya mengintai peluang untuk mencabar jersi oren selaku Raja Pecut.

Hasrat itu tidak tugas mudah apabila perlu berdepan cabaran daripada penyandang kategori tersebut dari pasukan XDS Astana, Matteo Malucelli yang dianggap sebagai pilihan utama.

Selepas masing-masing sudah mencatat kemenangan pada edisi kali ini, ramai menyifatkan persaingan merebut jersi oren bagi kempen 2025 akan terarah kepada dua jaguh pecut dari Eropah tersebut.

De Kleijn berkata, dia sangat gembira dan menikmati perseteruan dengan pelumba dari Itali itu, lebih-lebih lagi mereka berdua sudah pun memenangi sekurang-kurangnya satu peringkat perlumbaan.

“Sekarang saya perlu berhati-hati dengan apa yang diperkatakan. Saya seronok melihat kami berdua dalam keadaan cukup baik kerana dia menang semalam (Ahad) dan saya pula menang hari ini (semalam).

“Saya sudah beritahu kepada Matteo (Malucelli) untuk teruskan ini (persaingan) pada hari-hari akan datang. Ini adalah pertarungan yang adil dan seronok melihat dua pelumba pecut yang kecil bersaing,” katanya.

Pada saingan tahun lalu, Malucelli menewaskan De Kleijn dengan perbezaan dua mata sahaja untuk ditabalkan sebagai Raja Pecut LTdL 2024 selepas mengumpul 80 mata, mengenepikan cabaran pelumba Belanda berkenaan yang meraih 78 mata.

Sementara itu, De Kleijn realistik dengan peluang untuk memecahkan rekod 24 kemenangan peringkat LTdL yang dipegang bekas jaguh pecut Itali, Andrea Guardini sehingga digelar sebagai Mr. Langkawi.

“Mungkin saya akan cuba mengatasinya, tidak siapa yang tahu. Harap masih ada beberapa tahun lagi untuk saya, jadi kita tunggu dan lihat. 24 kemenangan peringkat adalah banyak dan alangkah baik untuk berada di sini beberapa tahun lagi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI