fbpx
Penerangan resit inisiatif Budi95 di muat naik di akaun Facebook MOF, hari ini

‘Dengan Budi95, anda jimat 61 sen setiap liter’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai yang layak menerima inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95) bermula hari ini memperoleh penjimatan sebanyak 61 sen bagi setiap liter.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, pengguna bagaimanapun tidak perlu terkejut jika jumlah liter bahan api yang tertera pada terminal pam lebih tinggi berbanding jumlah bayaran dibuat.

Jelas MOF, perbezaan itu merupakan subsidi petrol RON95 yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat.

“Dengan Budi95, anda jimat 61 sen setiap liter. Jangan terkejut kalau jumlah liter di terminal pam menunjukkan jumlah lebih tinggi daripada yang anda bayar.

“Lebihan itu adalah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan. ‘Extra’ (lebihan) liter untuk anda dengan Budi95,” kata MOF di media sosial, hari ini.

Pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON95 menerusi inisiatif Budi95 pada harga RM1.99 seliter dianggarkan memanfaatkan lebih 16 juta rakyat Malaysia.

Bagi bukan warganegara pula, harga petrol RON95 adalah pada RM2.60 seliter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI