fbpx
Suspek ditahan di Balai Polis Jakarta Timur. - ANTARA

Suami tergamak bakar isteri enggan masak mi segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia ditahan selepas membakar isterinya hidup-hidup hanya kerana mangsa enggan memasak mi segera seperti yang diminta, lapor laman  berita INews.

Kejadian berlaku di rumah sewa mereka di Cakung, Jakarta Timur pada 18 September lalu.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Timur, Inspektor Sri Yatmini berkata, situasi itu tercetus apabila suspek yang  dikenali sebagai MA,  meminta isterinya untuk memasak mi segera.

“Mangsa bagaimanapun tidak mengendahkan permintaan MA dan hanya bermain telefon, menyebabkan mereka bertengkar.

“Selepas mangsa melarikan diri ke rumah ibunya, MA datang lalu menuang cecair bahan pelarut (thinner) pada mangsa dan menyalakan api,” kata Sri.

Mangsa melecur  teruk dan disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Siasatan kes masih dijalankan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI