fbpx
ABDUL Rahman menjadi pelumba terbaik negara pada peringkat kedua hari ini selepas menamatkan perlumbaan di tempat keenam. - FB TSG

Acik makin tunjuk taring

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEPALA BATAS – Pelumba pasukan Terengganu Cycling Team (TSG), Wan Abdul Rahman Hamdan semakin mempamerkan karakter sebenar selepas menamatkan perlumbaan peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 hari ini di tempat keenam.

Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan pelumba yang mesra dengan panggilan Acik itu memperbaiki prestasi ketika perlumbaan pertama di Langkawi semalam selepas dia menamatkan saingan di kedudukan ke-12.

Acik berkata, dia tidak mudah mengaku kalah untuk melakukan henjutan menuju ke garisan penamat meskipun rantai basikalnya sudah tertanggal ketika perlumbaan berbaki dua kilometer (km) sahaja lagi.

“Saya sempat untuk membetulkan rantai dan mengejar semula. Dari situ, memang banyak tenaga digunakan dan bila jumpa (kelompok hadapan) pada 500 meter terakhir, saya cuba untuk mengikut rentak mereka.

“Bagaimanapun, mereka memang sudah melakukan kayuhan maksimum. Walaupun tidak mendapat jersi putih (pelumba terbaik Asia) tetapi saya puas hati kerana dapat tempat keenam,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlumbaan.

Jersi putih masih lagi kekal menjadi milik rakan sepasukan, Muhammad Nur Aiman Rosli yang mendahului kategori tersebut menerusi catatan masa 5 jam 30 minit 14 saat (s).

Selepas mengharungi dua perlumbaan yang melalui jalan landai, pelumba kelahiran Terengganu itu menjangkakan cabaran lebih sukar menjelang aksi peringkat ketiga dari Gerik ke Pasir Puteh esok.

“Semalam saya nombor 12, hari ini enam, jadi sudah ada peningkatan sedikit demi sedikit. Esok saya akan cuba mencari kedudukan selamat di Bukit Gerik. Sekiranya terlepas, saya akan cari kumpulan besar untuk sampai ke penamat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN