fbpx
Ahmad Maslan ( baju merah jambu ) melihat pengisian minyak petrol RON95 bagi pelaksanaan BUDI95 di sebuah stesen minyak di Kampung Sungai Naga, Api-Api, di Pontian, Johor, disini, hari ini.

Budi95: Harga petrol RM1.99 bukti Kerajaan Madani tepati janji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Harga minyak petrol RON95 bersubsidi RM1.99 menerusi inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95) yang ditetapkan Kementerian Kewangan membuktikan Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menepati janji dalam mengurangkan beban rakyat.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, rakyat harus bersyukur kerana semua golongan mendapat manfaat tanpa mengira pendapatan dan hanya bukan warga negara serta syarikat besar tidak layak menerima inisiatif Budi95.

Jelasnya, harga petrol di negara ini jauh lebih rendah berbanding negara jiran, termasuk Arab Saudi (RM2.61 seliter), Indonesia (RM3.22), Filipina (RM4.22), Thailand (RM5.68) dan Singapura (RM9.02).

“Subsidi ini adalah bukti Kerajaan Madani menepati janji untuk meringankan beban rakyat termasuk minyak petrol RON95 bagi kegunaan warga negara Malaysia. Ini menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tunaikan janji, telah lama rakyat menunggu, dan akhirnya janji ini dapat ditunaikan,” katanya.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian itu ditemui selepas meninjau pelaksanaan Budi95 bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sebuah stesen minyak di Kampung Sungai Naga, Api-Api di sini hari ini.

Beliau menambah, perincian pelaksanaan subsidi akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam masa terdekat.

“Ini jelas menunjukkan kerajaan komited memastikan kesejahteraan rakyat,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI