fbpx
Nidzam Jami pada sidang akhbar selepas perlawanan menentang Sabah FC, di Seremban, malam semalam. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

Ini luar biasa – Nidzam Jamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Negeri Sembilan FC (NSFC) berjaya mencatatkan rekod kehadiran penyokong melebihi 20,000 untuk kali ketiga berturut-turut dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, di sini, malam semalam.

Kali pertama merekodkan 25,550 penyokong dalam aksi melawan Selangor FC, diikuti 24,478 penyokong ketika melawan Kuching City dan terkini melawan Sabah FC dengan kehadiran 20,816 penyokong.

Menurut Ketua Jurulatih NSFC, Mohd. Nidzam Jamil, beliau sangat menghargai sokongan serta kepercayaan yang telah diberikan oleh penyokong Skuad Hoben Jang Hoben berkenaan yang sanggup hadir ke stadium bagi menyaksikan sendiri perlawanan.

“Pertama sekali, saya nak cakap terima kasih untuk semua penyokong untuk kepercayaan, untuk sokongan yang sebegini. Tiga perlawanan tu kita dapat sokongan yang saya tak pernah jumpa situasi macam ni.

“Bukan sahaja saya, pemain perlukan (sokongan) begini. Bagi permainan, kita cuba bermain dengan baik. Kita cuba bermain dengan ofensif (serang). Tapi kita kena jaga-jaga juga sebab kita kawal bola banyak sebelum ini.

“Tapi hari ini buat pertama kalinya dalam Liga Super kita tak kawal dan kita gembira dengan hasil yang kita lakukan (persiapan) seminggu ini,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan menentang Sabah FC, di sini, malam semalam.

Dalam perlawanan tersebut, NSFC menggembirakan lebih 20,000 penyokong pasukan itu yang hadir apabila menewaskan Sabah FC dengan keputusan 3-0.

Selepas mengharungi lima perlawanan, Negeri Sembilan mengutip lapan mata untuk berada di kedudukan keempat liga manakala Sabah di tangga kesepuluh dengan hanya tiga mata.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI