fbpx
Gambar Hiasan

[VIDEO] ‘Kalau kita tak mampu buat, tolong doakan mereka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Kalau mu tak boleh buat, mu doakan orang yang boleh buat.

Itu nasihat dan teguran oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus terhadap sesetengah individu yang mempersoalkan tindakan sukarelawan menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin.

Ini kerana sebelum ini, ramai dalam kalangan golongan tersebut seolah-olah memperlekehkan usaha dilakukan sukarelawan dan ada yang menganggap misi itu hanya sia-sia.

Menurut Azhar, dalam perjuangan membantu orang dalam kesusahan, sekiranya individu tersebut meninggal dunia, dia mati di jalan Allah.

Beliau berkata, sekiranya kita tidak mampu menghantar bantuan walaupun ia adalah wajib, kita bantu dengan cara berdoa.

“Kita jangan hanya jadi tukang sibuk, kita perlu jadi tukang doa agar mereka (sukarelawan) itu selamat.

“Kalau tak boleh buat benda baik, jangan kita larang benda baik. Kita doakan agar mereka selamat, kerana kita wajib menolong saudara kita yang dalam kesusahan,”ujarnya

Tambah Azhar, sekiranya kita tidak mampu buat semua perkara, jangan kita langsung tidak buat.

“Kita tak mampu nak hantar kereta kebal sebab kita orang awam. Kita tidak mampu hantar jet sebab kita orang awam.

“Tapi kita mampu hantar bantuan makanan sekadar yang boleh, buat!,”tegasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN