fbpx
SAFAWI menjadi sandaran terbaik KL City untuk menggempur gawang TFC menjelang aksi Liga Super di Cheras petang esok. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

KL City tagih khidmat Safawi benam TFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perhitungan untuk merebut tangga kedua Liga Super menjadi nilai tambah menjelang pertembungan getir antara Kuala Lumpur City FC (KL City) dan Terengganu FC (TFC) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras petang esok.

Selain itu, kelibat Safawi Rasid juga dijangka mendapat perhatian ketika KL City menagih khidmatnya untuk cuba mengecewakan TFC yang juga bekas kelabnya.

Walaupun TFC menjadi kelab penting dalam menaikkan karier Safawi, pengendali KL City, Risto Vidakovic percaya pemain itu akan kekal bersikap profesional untuk memastikan kemenangan buat The City Boys.

“Dia adalah salah seorang pemain utama dan individu penting dalam pasukan kami. Dia menjaringkan gol hampir dalam setiap perlawanan dan dia juga berkelas pemain antarabangsa.

“Apa lagi yang boleh saya katakan tentang Safawi, yang semua orang tahu mengenainya. Bagi saya, dia pemain yang sangat penting, kelakuannya sangat baik di dalam bilik persalinan dan dia merupakan contoh yang baik untuk pemain-pemain muda,” katanya.

Selepas mengharungi lima perlawanan, KL City memiliki kelebihan untuk berada di tangga kedua Liga Super dengan mengumpul 13 mata, berkelebihan tiga mata berbanding TFC di tempat ketiga.

KL City juga sedang berada pada prestasi terbaik, merekodkan tiga kemenangan berturut-turut dalam kancah Liga Super termasuk membelasah DPMM FC 4-0, Isnin lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN