fbpx
Lokasi kejadian seorang lelaki memukul anak saudaranya di sebuah rumah kedai di Jelawat, Bachok hari ini. FOTO MEDIA SOSIAL

Ambil nyawa sendiri lepas pukul anak saudara dengan tukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Seorang penganggur dipercayai menamatkan riwayatnya sendiri selepas memukul anak saudaranya hingga parah dengan sebatang tukul dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Jelawat di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, suspek yang berusia 46 tahun menggantung dirinya pada sebatang pokok ru di Pantai Melawi di sini manakala anak saudaranya lelakinya berusia tujuh tahun berada dalam keadaan kritikal.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd. Azrie Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan seorang kanak-kanak cedera akibat dipukul.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku di sebuah rumah kedai yang merupakan tempat tinggal suspek.

“Suspek dipercayai memukul bahagian kepala anak saudaranya yang berusia tujuh tahun dengan tukul.

“Mangsa yang kritikal dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dekat sini untuk menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Azrie memberitahu, siasatan mendapati, suspek kemudian dijumpai dalam keadaan tergantung pada sebatang pokok ru di Pantai Melawi dekat sini iaitu kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI