fbpx
EZE berjaya meledak gol ketika membantu Arsenal membenam cabaran Port Vale untuk meneruskan kemaraan di EFL. - AFP

EFL: Arteta mula kagumi kemampuan Eze

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengendali Arsenal, Mikel Arteta teruja dengan impak yang dipamerkan oleh Eberechi Eze untuk membantu pasukan menang 2-0 ke atas Port Vale pada aksi pusingan ketiga Piala Liga Inggeris (EFL), awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Vale Park itu, skuad The Gunners tidak mempunyai masalah untuk lolos ke pusingan seterusnya hasil penyudah Eze dan Leandro Trossard.

Menurut Arteta, pemain antarabangsa England itu sudah menyesuaikan diri sepenuhnya dengan rakan-rakan sepasukan selepas berhijrah daripada Crystal Palace, bulan lalu.

“Saya cuba untuk mengekalkan Eze di posisi kegemarannya selaku pemain No. 10 dalam formasi 5-4-1 dan dia dilihat begitu selesa apabila dapat menjaringkan gol dan mencipta beberapa peluang buat rakan sepasukan.

“Secara peribadi, saya rasa dia masih perlukan masa untuk mencipta keserasian dengan barisan pemain dan saya harap dia dapat tampil lebih konsisten pada perlawanan selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Arteta turut gembira apabila beberapa pemain yang sebelum ini tidak dapat minit permainan seperti Kepa Arrizabalaga, Christian Norgaard dan Max Dowman turut memberikan yang terbaik buat pasukan.

“Saya rasa perlawanan seperti ini cukup penting untuk memberi peluang buat pemain-pemain simpanan membuktikan keupayaan mereka di atas padang,” katanya.

Skuad The Gunners akan mengalihkan tumpuan bagi mengharungi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Newcastle United pada Ahad ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI