fbpx
DONNARUMMA

Donnarumma masih ‘sayangkan’ PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Penjaga gol Manchester City, Gianluigi Donnarumma menerima pengiktirafan sebagai penjaga gol terbaik dunia dengan merangkul gelaran Trofi Yashin pada Majlis Anugerah Ballon d’Or awal pagi semalam.

Di sebalik kegembiraan itu, Donnarumma mendedahkan dia sebenarnya masih berminat untuk kekal di Paris Saint-Germain yang membantunya memenangi anugerah berkenaan ekoran kejayaan menjulang gelaran quadruple musim lalu.

Dia menjadi salah satu watak penting PSG yang menamatkan penantian dengan menjulang trofi Liga Juara-Juara musim lalu, namun konflik dalam tawaran perjanjian baharu menyebabkan Donnarumma terpaksa meninggalkan kelab berkenaan.

“Apabila anda berkongsi banyak perkara dan menghabiskan banyak masa serta memiliki ramai rakan-rakan (di PSG), ia akan menjadi sukar apabila tiba waktu anda meninggalkan kelab itu,” katanya.

PSG membuat keputusan mengejut apabila membenarkan Donnarumma meninggalkan kelab itu selepas berjaya mendapatkan khidmat Lucas Chevalier menyebabkan pemain antarabangsa Itali itu menyertai City dengan kontrak lima tahun.

Mengulas mengenai kejayaan meraih trofi berkenaan buat kali kedua dalam kariernya, Donnarumma menzahirkan rasa terima kasih kepada bekas rakan sepasukannya di PSG yang mengharungi musim penuh cemerlang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI