fbpx
ALI (tiga kiri) menyantuni keluarga seorang penuntut universiti itu yang bakal melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Matematik di Fakulti Sains, UTM, Skudai, Johor Bahru.

240 pelajar UTM dikecualikan bayar yuran pengajian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyantuni 240 penuntutnya yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah dengan memberikan pengecualian pembayaran yuran pendidikan bagi pendidikan mereka.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTM, Prof. Dr. Ali Selamat berkata, program Pembangunan Siswa Sulung (SULUNG) itu menawarkan pengecualian yuran universiti kepada individu pertama dalam keluarga B40 yang belum mempunyai ahli keluarga melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama untuk menyambung pengajian di Universiti Awam (UA).

Menurut beliau, langkah tersebut sekaligus memastikan akses pendidikan tinggi yang lebih inklusif khususnya bagi pelajar daripada keluarga B40.

“Penerima bakal menerima pengecualian penuh yuran pengajian sepanjang tempoh pengajian, meliputi yuran berulang dan tidak berulang (one-off). Bagi UTM sahaja, jumlah pembiayaan yuran semester pertama dianggarkan sebanyak RM536,754, manakala kos keseluruhan pengajian mencecah RM2.45 juta.

“Program ini bertujuan meningkatkan mobiliti sosial, mengangkat taraf hidup keluarga B40 serta membuka ruang kejayaan kepada generasi pertama keluarga menjejakkan kaki ke menara gading.

“UTM menyokong sepenuhnya inisiatif ini kerana ia bukan sahaja meringankan beban ekonomi tetapi juga memberi peluang sama rata untuk golongan terlibat cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan tersebut kepada penerima, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI