fbpx
SEBAHAGIAN kambing baka Boer yang dirampas dalam serbuan oleh Batalion 18 PGA di Banding, Gerik semalam.

Tak sempat seludup 100 kambing Boer dari Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GERIK – Batalion 18 Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 100 ekor kambing jenis Boer dari Thailand menerusi Operasi Bersepadu Khazanah berhampiran Royal Belum Rainforest dekat Banding, di sini semalam.

Operasi disertai Jabatan Veterinar Cawangan Taiping dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Gerik itu bermula pukul 4.30 petang hingga 5 pagi.

Komander Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, dalam operasi itu, dua lelaki tempatan berusia 28 dan 41 tahun ditahan untuk siasatan.

“Pasukan operasi mengesan kegiatan penyeludupan haiwan untuk pasaran tempatan sejak tiga bulan lalu. Cawangan Risik Batalion 18 mengesan sebuah lori berwarna putih membawa muatan kambing dari Thailand dan dalam perjalanan ke utara.

“Pemeriksaan menemukan 100 kambing baka Boer. Nilai sitaan haiwan dan kenderaan dianggarkan berjumlah RM260,000. Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI