fbpx
Tangkap layar video tular seorang lelaki dipercayai memukul kekasihnya di sebuah kondominium di Bandar Baru Klang, semalam.

Pukul kekasih sebab cemburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Angkara cemburu, seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila memukul kekasihnya dalam kejadian di sebuah kondominium di Bandar Baru Klang, di sini semalam.

Kejadian pada pukul 12.30 tengah malam itu menyebabkan mangsa berusia 30 tahun cedera di badan. Insiden itu kemudian tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada pukul 4.35 petang hari sama.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca akibat perasaan cemburu apabila suspek mendakwa kekasihnya mempunyai hubungan dengan individu lain.

“Suspek yang merupakan penganggur memukul mangsa di badan dengan menggunakan tangannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut beliau, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Saiful Hazwan Mohamad Ridzuan di talian 03-3291 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN