fbpx
Laluan di Kilometer 78, Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, Gua Musang ditutup satu lorong susulan kejadian lubang benam. FOTO IHSAN JKR

Lubang benam kelima dikesan di Jalan Gua Musan-Lojing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Kejadian lubang benam kelima dikesan berlaku di Kilometer 78 Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke di sini pada Jumaat lalu.

Penemuan lubang benam baharu yang terletak hanya beberapa meter dari lokasi keempat itu menyebabkan satu lorong di laluan tersebut terus ditutup buat semua laluan kenderaan.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Ir. Nik Soh Yaacoub berkata, kejadian lubang benam sepanjang 15 meter dengan kedalaman 0.1 meter itu dikesan di jalan kebun berhampiran Kampung Jekjok.

“JKR Kelantan pada 7 Ogos lalu mengesan terdapat lubang benam keempat di laluan tersebut,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Nik Soh memberitahu, hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu menyebabkan berlakunya banyak lubang benam di kawasan berkenaan.

Katanya, kejadian lubang benam itu dipercayai disebabkan oleh kejadian punca air bawah tanah dan tepi pembetung di lokasi berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI