fbpx
Keadaan bas selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata di Persimpangan Ramot, Baitulmaqdis semalam. - AFP

6 warga Israel maut ditembak di hentian bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAITULMUQADDIS – Sekurang-kurangnya enam orang maut apabila dua lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah hentian bas di utara Baitulmuqaddis, lapor akhbar Metro UK. 

Serangan berlaku sekitar pukul 10.15 pagi (waktu tempatan) di Persimpangan Ramot yang sibuk semalam. 

Imej dimuat naik di media sosial menunjukkan orang ramai yang cedera terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kaca bertaburan di atas jalan. 

Seorang lelaki berusia 50-an dan tiga lelaki berusia 30-an maut di tempat kejadian, manakala mangsa kelima disahkan meninggal dunia di hospital, demikian menurut jurucakap perkhidmatan paramedik Israel. 

Seramai tujuh orang mengalami kecederaan parah, manakala lima lagi cedera ringan. 

Polis Israel berkata, kedua-dua penyerang telah ditembak mati selepas seorang askar dan beberapa orang awam membalas tembakan. 

Penyerang ketiga yang didakwa terlibat dalam tembakan itu turut ditahan. 

Jurucakap Polis Israel berkata: “Dua penyerang tiba berhampiran Persimpangan Ramot dan melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang sedang menunggu di perhentian bas. 

“Beberapa orang terbunuh dan sebilangan lagi cedera dalam pelbagai tahap. Penyerang telah dineutralkan dan kematian mereka disahkan di tempat kejadian,” kata jurucakap itu. 

Motif tembakan masih belum diketahui, namun Menteri Luar Israel, Gideon Saar mendakwa bahawa penyerang adalah warga Palestin. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN