fbpx
Pekerja menuai durian yang ditanam di Panoramic Fruits, barat Puerto Rico. - New York Times

Durian popular di Puerto Rico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAN JUAN, PUERTO RICO – Sebuah dusun di barat Puerto Rico menjadi perhatian ramai apabila menjual buah-buahan eksotik seperti durian yang jarang ditemui di Amerika Utara, lapor akhbar New York Times.

Dinamakan Panoramic Fruit, ladang seluas 38 hektar yang terletak di bandar Mayaguez itu menawarkan pelbagai jenis buah tropika yang tidak diketahui oleh kebanyakan penduduk Amerika seperti rambutan, manggis, pulasan dan durian.

Orang ramai terutamanya peminat durian sanggup menempuh perjalanan jarak jauh semata-mata untuk menikmati raja buah itu semasa musim panas. 

Kebanyakan pelanggan berasal dari negeri-negeri di Amerika Syarikat termasuk Tennesse, Texas, Florida, California.

Pemilik Panoramic Fruits, Ian Crown berkata, dia membeli ladang itu pada 1994 selepas beberapa tahun mencari tempat yang memiliki iklim dan tanah yang sesuai.

“Tanaman pertama adalah rambutan, kemudian manggis. Namun, rakan-rakan saya memberitahu bahawa saya tidak memiliki buah utama dan saat itu kami berfikir untuk menanam durian,” kata Crown. 

Sementara itu, pasangan Yen Vu dan Gleb Chuvpilo berkata, mereka memandu ke ladang itu dari rumah di San Juan, dan membeli lapan biji durian bersaiz sederhana pada harga AS$5 (RM21) setiap 500 gram. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN