fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh @Mio di laman TikTok.

‘Macam rombongan satu Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Himpunan ribuan pengunjung yang berpusu-pusu pulang dari sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya hari ini menyebabkan stesen MRT Putrajaya dipenuhi orang ramai hingga mencetuskan suasana sesak.

Menerusi satu video yang dikongsi pengguna TikTok @mio, kelihatan lautan manusia membanjiri ruang menunggu di stesen MRT berkenaan sejurus tamat acara sambutan pagi tadi.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.

“Aku dulu kerja kat Putrajaya hari-hari naik MRT sunyi je. Harini tiba-tiba sesak macam ajaib sangat” ujar @Timun terbang

“Syukur saya pilih nak memandu walaupun berhenti jauh. Taknak jadi sardin mcm ni,” kata @adeliynaa.

“Terima kasih abang polis dan Rapid KL sebab semua teratur,” ujar @Mio.

“Hahahaha ‘GO’, ‘STOP’. Kenangan takkan dilupakan,” komen netizen.

“Walaupun sesak tapi smooth je. Rasa dah macam ‘explorace,” kata @N.– KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI