fbpx

Kapten Hamdan individu penting bawa pulang vaksin ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapten Hamdan Che Ismail

PUTRAJAYA –  Juruterbang Malaysia Airlines (MAS), Kapten Hamdan Che Ismail merupakan antara orang penting di sebalik ketibaan vaksin pertama Covid-19 kerana bertanggungjawab menerbangkan pesawat penumpang Airbus A330-300 ke Malaysia pagi tadi.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi hantaran di Facebook hari ini merakamkan ucapan terima kasih kepada Kapten Hamdan.

“Terima kasih kepada Kapten Hamdan Che Ismail. Beliau adalah orang bertangungjawab yang menerbangkan pesawat A330 MAS yang membawa pulang vaksin pertama Covid-19 ke negara kita.

“Kapten Hamdan berasal dari Tumpat, Kelantan. Beliau sudah 29 tahun berkhidmat dengan MAS,” katanya.

Sementara itu, Kapten Hamdan berkata, beliau amat terharu kerana dipilih menjadi sebahagian daripada sejarah negara pada hari ini.

Vaksin Pfizer-BioNTech itu diterbangkan menggunakan pesawat Airbus 330-300 dikendalikan MABkargo Sdn Bhd (MASKargo) dari kilang Pfizer di Belgium, dengan penerbangan membawa vaksin itu berlepas dari Puurs dan transit di Lapangan Terbang Leipzig Halle, Jerman. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI