fbpx
Batu berbentuk topi dalam filem Harry Potter. - Foto NASA/JPL-Caltech/ASU/Warner Bros

‘Topi Harry Potter’ ditemukan di Marikh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Seketul batu di Planet Marikh yang dirakam oleh kenderaan jelajah Perseverance awal bulan ini membuatkan orang ramai bingung dengan bentuknya yang menyerupai topi, lapor portal berita MailOnline semalam.

Ciri ganjil yang dirakam kenderaan milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) di kawah purba Jezero di Marikh itu dibandingkan dengan topi daripada siri filem terkenal, Harry Potter.

Seorang netizen menulis di media sosial secara gurauan dengan berkata: “Ia jelas sekali topi seorang penakluk Sepanyol.”

Batu pelik itu dilitupi dengan bonggolan kecil yang mungkin menyimpan rahsia tentang proses pembentukannya, yang berkemungkinan berlaku berbilion tahun dahulu.

Pakar Sains Bumi di Birkbeck, Universiti London, Dr. Keyron Hickman-Lewis menyifatkan ia sebagai objek yang sangat menarik.

“Warna dan teksturnya yang jelas berbeza berbanding batu dasar di sekelilingnya menunjukkan bahawa ia merupakan objek asing dalam landskap Marikh,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN